THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, December 19, 2010

Kisah Biskut

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak di sebelahnya.

Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.

“Alangkah tak malunya lelaki ni….. dah la tak mintak dari aku…. makan sama banyak dengan aku pulak tu…Pencuri!! ” rungut wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu, lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.

Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya.

“Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar.” kata hatinya dengan marah.

Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.

Apabila dia sampai di tempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya dan ia masih elok belum terbuka.

“Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi…” getusnya.

Ya.. .biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.

Elle : Saya amat suka akan kisah cinta ini. Kerana ia menunjukkan betapa baiknya si lelaki itu even si gadis ini memakan biskut beliau. Lelaki itu cool saja. Tak marah, tak apa. Siap dia berkongsi lagi biskut yang terakhir itu dengan si gadis ini. Tidakkah lelaki ini romantik? ;)) Mesti si gadis ini rasa bersalah sangat-sangat sebab menganggap yang bukan-bukan dan memarahi lelaki tersebut. :)

Saturday, December 18, 2010

Kisah Hati


11.29pm 18 DEC 2010






Nah, ambil la benda ni.
Apa ni?
Ini adalah hati. Hati aku.
Hati kau? Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku?
Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku.
Kau lebih dari seorang kawan.
Terima kasih… . ianya bererti. Aku terlalu menghargainya.
Oh ye ke… tapi maaf.
Untuk apa?
Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya.
Cuma sebahagian saja…

Maksud kau?
Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga.
Dan aku tak pernah beri kesemuanya.
Aku takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri.
Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya.
Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya.
Hati ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri.

Mistik? Kelakar bunyinya…
Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya.
Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau.
Rentak perasaan orang yang aku beri.
Jika dia betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar.
Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan malap.
Mungkin akan terus mati untuknya.

Ianya bukan satu benda yang percuma.

Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih sahaja.
Insan yang istimewa.
Dan kau adalah salah seorang daripada mereka, kerana naluri aku terlalu percayakan kau.

Aku insan terpilih?
Ya, kau yang terpilih.
Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan orang yang diberikan.
Ianya terlalu sensitif.
Tapi ianya cukup kebal dan kental pada musuh aku.
“Musuh”, mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan perihal mereka ini.
Ianya tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi pada orang yang istimewa.

Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja.
Ada orang yang tidak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya pinjamkan sekejap.
Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan.
Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinya pula sebagai ganti.
Dan jika kau nak tahu, setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri.
Setiapnya terlalu mistik!

Cuma satu saja yang kau tak mengerti.
Sekali hati itu terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya.
Ada kalanya, mengambil masa yang lama untuk itu.
Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika…
Sehingga hatinya pulih seperti sediakala.

Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka.
Ianya lahir atas satu kepercayaan.
Dari situ, wujudlah kasih sayang.
Jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah untuk hati itu kembali indah.
Mungkin takkan bersinar semula.